Photobucket

Isnin

SMK DATO’ HARUN DAPAT SENTUHAN WAZI

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun, Tanjung Karang, Selangor terpilih untuk menjayakan Program Membudayakan Kaedah Menunggang Motosikal Dengan Bijak Dan Selamat anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Castrol dan WAZIBOYZ yang dikendalikan oleh bekas pelumba Cub Prix negara, Wazi Abdul Hamid.
Hampir 100 pelajar terpilih menjayakan program yang mendedahkan pelajar untuk menjadi penunggang berdisplin di jalan raya, disamping belajar mengenai motosikal mereka dari segi aspek enjin, brek tayar, topi keledar, pakaian yang sesuai ketika menunggang yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Menerusi program yang dikendali oleh lapan jurulatih WAZIBOYZ, pelajar-pelajar bukan sahaja diberi pengetahuan secara teori malahan telah diberi pendedahan secara praktikal untuk mengendali dan memahami tentang motosikal.
Kesedaran tentang aspek penting mengenai motosikal yang diterjemahkan melalui latihan teori dan praktikal itu jelas mendapat reaksi positif dikalangan pelajar-pelajar dan guru-guru.

Pengetua SMK Dato’ Harun, Ruslan Bustani berkata, program yang julung kali diadakan di sekolah itu ternyata memberi manfaat besar kepada 1,610 pelajarnya.
“Menerusi program ini khususnya pelajar-pelajar yang bermotosikal ke sekolah telah mendapat pengajaran penting bagaimana untuk mengendali motosikal dengan cara yang betul dan selamat. Pengalaman menerusi latihan praktikal secara langsung memberi mereka pengetahuan dan lebih bersedia ketika menghadapi kecemasan.

“Malahan saya amat mengalu-alukan agar program Membudayakan Kaedah Menunggang Motosikal Dengan Bijak Dan Selamat ini dijadikan antara aktiviti wajib di setiap sekolah dan diadakan pada setiap tahun kerana ianya satu kaedah yang berkesan berbanding jika sekadar memberi kata-kata nasihat,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates