Setiap minggu, joinkomputer akan mengumpulkan link kepada artikel-artikel menarik dari blog tempatan yang berkaitan dengan teknologi.
Minggu ini merupakan minggu yang bagus kerana saya jumpa beberapa blog teknologi yang berkualiti. Jika anda mempunyai blog yang menulis tentang teknologi, tinggalkan URL di ruangan komen ya =)
MrPiratz yang baru bertukar dari Blogspot ke WordPress menerangkan kelebihan yang terdapat pada platform WordPress.
Dekan dari MyWindowsXP menunjukkan betapa mudahnya untuk mendedahkan password yang anda simpan dalam Google Chrome.
Fungsi stack yang popular pada Mac OS X kini boleh dipasang pada Ubuntu dengan menggunakan Docky.
Arynet di InfoMalaya menulis satu ebook ringkas tentang cara-cara membuat brush dalam Adobe Photoshop.
Celcom menawarkan pelbagai pakej Internet jalur-lebar yang mampu dimiliki, bermula dengan langganan serendah RM 48 sebulan.
Walaupun percuma, Microsoft Security Essential menunjukkan prestasi yang bagus dari segi perlindungan dan juga penggunaan sumber komputer.
Tajuk artikel ini sangat menarik minat saya untuk membacanya, haha. XCFE sebenarnya adalah satu persekitaran desktop berdasarkan *NIX yang dibina untuk kepantasan.
Bagi pengguna Windows 7 yang meminati antaramuka Mac OS X, ikuti tutorial ini untuk memasang tema Mac OS X pada PC anda.
Fungsi ‘undo send’ pada GMail membolehkan pengguna membatalkan emel yang baru dihantar. Kini, GMail mempertingkatkan pilihan tersebut sehingga 30 saat.
Twitter baru sahaja melepaskan butang retweet yang rasmi mereka. Artikel ini menerangkan bagaimana hendak memasang butang tersebut pada blog WordPress anda.
0 comments:
Catat Ulasan